Subscribe:

Pages

Tuesday, 6 December 2011

Sendawa

Kadang-kadang tu kalau lewat makan , perut kosong masuk angin mesti sedawa punya, berderet-deret sendawa keluar, pernah tak sendawa ? Di dalam dunia perubatan , sendawa dikenali dgn istilah aerophagia. meski ia bukan di kategori sebagai penyakit ,sendawa boleh membuat anda berasa tidak selesa dan malu. Jadi,cuba ketahui mengapa anda sendawa dan bagaimana cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan sendawa anda.
kucing lucu sekali Ops terrsendawa CARA HINDARI SENDAWA
Punca Sendawa
DIET
Sendawa biasanya disebabkan oleh anda telah terlebih mengambil makanan yang mengandungi gas seperti mimuman bergas,buah-buahan mentah,jus buah seperti epal dan lain-lain lagi. Jadi perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan memerhatikan pola diet anda selama beberapa hari untuk mengenali jenis-jenis makanan yang boleh membuatkan anda besendawa.
KEMASUKAN UDARA
Menelan terlalu banyak udara melalui mulut juga boleh menyebabkan anda sering sendawa.Udara biasanya masuk melalui pelbagai cara seperti ketika merokok, mengunyah gula-gula getah, atau makan terlalu cepat.
MINUM SUSU SEJUK KETIKA PERUT KOSONG.
Cara ini amat berguna jika pembentukan gas disebabkan terlebih atau akibat pengambilan ubat-ubatan. biasanya,sendawa boleh juga disebabkan oleh intoleransi laktosa (gangguan pencernaan akibat minum susu atau produk susu). Disebabkan itu, sebaik-baiknya perhatikan reaksi tubuh anda setelah minum susu agar anda boleh tentukan pengambilan seterusnya berdasarkan reaksi tubuh.
sendawa Ops terrsendawa CARA HINDARI SENDAWA
ELAK SENDAWA
Hindari berbaring selepas makan.
cuba berjalan sebentar atau duduk dengan posisi mendekati belutuj selama 10 minit cara ini membantu tubuh mencerna makanan dgn lebih baik. selain itu,pastikan anda mengunyah makanan perlahan-lahan agar udara tidak masuk terlalu banyak ke dalam tubuh.
cuba lakukan aktiviti olahraga yg sederhana kerana ia dapat membantu mengeluarkan udara dari perut. Berbaring dalam posisi terlentang,kemudian angkat dan tekankan lutut ke dada. Ulangi latihan ini sebanyak 10 kali. Cara ini dapat membuat anda berasa lebih baik dan memungkinkan udara keluar dari perut anda.
duduk tegak setelah makan akan memaksa udara naik ke bahagian atas sehingga mudah ia dikeluarkan dengan bersendawa. Sebaliknya,posisi berbaring akan menahan udara di dalam perut dan membuatkan anda berasa tidak selesa.
Adab Seorang Muslim : Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.

Thursday, 1 December 2011

Masalah Kaki


 

 
 
Sakit Tumit
(Dua punca utama kepada masalah sakit tumit adalah Planter Fasciitis dan Achilles Tendonitis).      
 
sakit tumit
 
The most common cause for heel pain is plantar fasciitis (plan –TAR   fash – ee – I – tis). The pain is typically on the bottom, inside area of the heel and may extend into the arch.
  
Masalah ini merupakan punca kepada sakit yang terlalu kuat pada bahagian bawah tumit kaki ketika meletakkan langkah pertama setelah bangun dari tidur pada waktu pagi. Kesakitan yang amat kuat menyebabkan seseorang itu terpaksa berjalan terhingut-hingut atau berpegang pada dinding agar tidak terjatuh sewaktu menuju ke bilik air. Walau bagaimanapun, sakit ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa ketika sahaja.

 
Achilles Tendonitis
 
Masalah ini seringkali menyebabkan kesakitan pada bahagian atas tumit kaki iaitu kira-kira 2 inci di atas tulang tumit yang juga dikenali sebagai saraf tumit. Kesakitan juga boleh dialami di bahagian belakang tulang tumit kaki.
  
Achilles tendonitis lazimnya dialami di bahagian tapak kaki atau bahagian buku lali. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang. Pesakit akan mengalami bengkak dan kesakitan yang agak kuat ketika memulakan pergerakan

 
sakit buku lali
 
Kesalahan pengurusan kaki, masalah terpelecok buku lali dan sebagainya boleh menyebabkan masalah buku lali seperti penyakit sendi tulang dan Tendonitis
  
terpelecok sendi buku lali

Masalah terpelecok buku lali sering dialami pada tisu yang terdapat dalam sendi buku lali. Lazimnya, tisu di bahagian luar buku lali adalah bahagian yang kerap diserang masalah terpelecok ini. Buku lali yang terpelecok berulang kali adalah disebabkan masalah tersalah urat atau kelalaian tisu pada buku lali. Masalah terpelecok buku lali yang berulang kali akan mengakibatkan kehausan pada bahagian rawan, ketidakstabilan buku lali dan juga ketegangan urat kaki
  
sengal buku lali

Osteoarthritis adalah masalah di mana berlaku kerosakan pada bahagian rawan di antara penyambungan sendi kaki. Apabila berlaku halangan pada titik penyambungan sendi, ia akan memberi kepada pergerakan tulang di bahagian bawah kaki dan sekaligus mengundang kesakitan serta menghalang pergerakan urat kaki. Rekahan tulang dapat dilihat dengan ketara di sekeliling titik penyambungan sendi. Radang dan bengkak tidak dipercayai memainkan peranan penting dalam osteoarthritis. Sengal sendi buku lali lazimnya akan dialami akibat pengurusan kaki yang tidak normal atau berikutan daripada masalah kaki lain yang dialami sebelum ini
  
Posterior tibial tendonitis

Penyakit ini biasanya dialami di bahagian dalam buku lali. Apabila terdapat beban atau tekanan yang terlalu berat di bahagian posterior tibial tendon, ia akan menyebabkan tendon mengalami keletihan. Akibatnya, akan berlakulah kesakitan, radang/bengkak dan kekejangan otot. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang

 
Sakit pergelangan kaki
 
Arthritis, kekejangan urat saraf, tendonitis dan masalah lenguh sendi adalah masalah yang kerap dialami di bahagian pergelangan kaki
  
Sengal pergelangan kaki

Osteoarthritis adalah masalah yang berlaku akibat kerosakan pada bahagian otot kaki iaitu bahagian rawan yang terdapat di celahan persambungan sendi. Umumnya, kesakitan yang dialami adalah secara ringan dan remeh sahaja tetapi akan menjadi parah ketika berjalan. Keadaan luka atau trauma terdahulu boleh mendorong kepada masalah sengal pergelangan kaki. Namun, tindakan luar kawal adalah salah satu punca utama kepada masalah ini
  
ketegangan urat saraf

kesakitan, kekejangan dan rasa kebas pada bahagian atas kaki adalah kesan akibat kekejangan urat saraf. Kekejangan urat di sini bermaksud urat tersebut mengalami gangguan atau halangan daripada struktur kaki atau tekanan daripada kasut yang dipakai
  
sakit tumit

Sakit tumit merupakan akibat daripada keletihan bahagian belakang tumit kaki yang dijangka akan membawa kepada keruntuhan dan kehausan pelantar kaki. Umumnya, masalah ini dijangka mengakibatkan plantar fasciitis kelihatan berair dan membengkak. Tendonitis (rujuk di bawah) juga boleh membawa kepada sakit tumit
  
Posterior tibial tendonitis

Bahagian yang paling kerap diserang posterior tibial tendonitis adalah bahagian dalam tumit kaki iaitu di bahagian pergelangan kaki. Kesakitannya boleh berpusat pada suatu bahagian tertentu dan boleh merebak ke bahagian lain menerusi tumit
 

Apabila terdapat beban atau tekanan yang terlalu berat di bahagian posterior tibial tendon, ia akan menyebabkan tendon mengalami keletihan. Akibatnya, akan berlakulah kesakitan, radang/bengkak dan kekejangan otot. Biasanya, pesakit akan mengalami kekejangan terutamanya sewaktu memulakan langkah pertama pada waktu pagi atau ketika memulakan pergerakan setelah berehat untuk suatu tempoh masa yang panjang).
  
Peroneal tendonitis

Kesakitan biasa yang lazimnya dialami di bahagian bahagian luar kaki yang akan menyebabkan benjol dan membengkak. Kesakitannya akan berpusat pada suatu bahagian tertentu dan akan merebak secara perlahan menerusi buku lali
  
kesakitannya pada mulanya kelihatan seperti remeh sahaja, akan tetapi akan bertambah parah menerusi aktiviti lasak yang dijalankan oleh pesakitnya. peroneal tendons terletak pada bahagian luar buku lali, iaitu diselitkan di luar bahagian pergelangan kaki. Bahagian ini berperanan mengawal fungsi serta kestabilan kaki ketika berjalan
 
Sakit kaki hadapan
 
Kesakitan pada kaki hadapan lazimnya akan dialami di bahagian atas tapak kaki atau di bahagian bebola tapak kaki. Tahap kesakitan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan kepada bahagian hadapan kaki yang mengalami kesakitan
 
1. Bahagian Atas tapak Kaki
  
Tekanan atau rekahan tulang

Tekanan atau rekaan tulang adalah keadaan di mana berlaku pecahan atau rekahan pada tulang secara tidak lengkap. Ia sering berlaku pada tulang Metatarsal terkecil yang terdapat dalam tapak kaki. Tulang-tulang Metatarsal kedua, ketiga dan keempat adalah tulang yang paling kerap terjejas akibat masalah ini. Lazimnya, kesakitannya amatlah pedih dan kuat, tetapi ia tidaklah melarat sehingga ke tahap kecederaan dan sebagainya yang lebih kritikal
  
Nerve impingement

Kesakitan, kekejangan dan rasa kebas pada bahagian atas kaki adalah kesan akibat kekejangan urat saraf. Kekejangan urat di sini bermaksud urat tersebut mengalami gangguan atau halangan daripada struktur kaki atau tekanan daripada kasut yang dipakai
  
2. Bebola tapak kaki
  
Metatarsalgia
Kesakitan pada bebola kaki lazimnya berlaku disebabkan tersalah urat, luka, jangkitan kuman, tekanan yang berlarutan, sengal sendi dan pembedahan kaki terdahulu. Lazimnya, kesakitan yang dialami adalah kuat ketika berjalan dan sering menyerang sambungan metatarsal phalangeal MPJs kedua, ketiga dan keempat
  
Sindrom beban berlebihan metatarsal kedua
Apabila beban berlebihan dipindahkan ke bebola kaki dan metatarsal pertama mengangkat beban lebih daripada biasa, MPJS kedua akan menerima jumlah tekanan yang amat dahsyat. Tekanan berlebihan ini akan mengakibatkan peningkatan belulang di bawah MPJ kedua dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan serta bengkak/radang di bahagian titik penyambungan sendi
  
Neuromas
Neuroma adalah rradang urat yang lazimnya menyerang bahagian bebola kaki dan seterusnya mengakibatkan kesakitan pada jari-jari kaki. Tahap kesakitan adalah remeh ketika berdiri dan berjalan dan boleh dipulihkan menerusi rehat yang secukupnya. Namun, tahap kesakitan ini berbeza antara seorang pesakit dengan yang lain di mana ada yang mengatakan kesakitannya adalah sederhana manakala ada pula yang menderita akibat kesakitan yang serius dan berterusan
  
Sesamoiditis
Sesamoiditis adalah kesakitan/radang yang sering dialami di dua tulang kecil di bawah sambungan jari kaki. Ia berlarutan sebagai suatu tekanan dan lazimnya dialami oleh mereka yang terleibat dalam bidang tarian, sukan lasak seperti pelari pecut dan sebagainya
  
Calluses
Calluses lazimnya menyerang bahagian bawah bebola kaki atau sisi tapak kaki. Tekanan daripada kasut menyebabkan berlakunya geseran dan tindak balas semulajadi pada anggota akan bertindak bagi melindungi kulit daripada mengalami kerosakan. Akibatnya, belulang akan mengalami kesakitan yang amat kuat dan kadang-kala mengakibatkan luka dan radang

 
Sakit jari kaki
 
Terdapat pelbagai masalah yang sering mengancam jari kaki. Antaranya, bengkak di pangkal ibu jari kaki, sengal jari, Hamertoe, masalah urat, selaput kuku dan sebagainya
  
Sambungan jari besar
Dua masalah utama yang menyerang sambungan jari besar adalah bengkak di pangkal jari dan kekakuan pada jari. Kedua-dua masalah ini adalah akibat daripada tersalah urat dan boleh menyebabkan masalah tulang serta sengal pada jari
  
Bengkak pada pangkal ibu jari
Kebengkakan pada ibu jari kaki ini adalah suatu perubahan structural pada kaki di mana akan menyebabkan kecacatan pada tulang di persambungan jari. Pergerakan tulang ini berlaku secara beransur-ansur sebagai tindakbalas kepada pergerakan tulang, posisi kaki, pergerakan kaki yang tidak normal, serta kasut yang terlalu sempit. Masalah ini adalah lebih ketara di kalangan wanita jika dibandingkan dengan lelaki
  
kaku ibu jari/sengal
Kekakuan pada sambungan ibu jari adalah akibat tersalah urat yang akan mengakibatkan rekahan tulang serta sengal pada jari. Kesakitannya adaah biasa dan boleh ditahan dalam keadaan rehat. Namun, apabila dalam posisi bergerak, kesakitannya akan amat perit dan boleh menyebabkan kekakuan pada jari. Istilah perubatan bagi masalah ini adalah hallux limitis
  
Hammertoes
Hammertoe adalah keadaan di mana jari berada dalam keadaan membengkok yang berpunca daripada ketidakstabilan tendon. Tendon dalam tapak kaki sentiasa bergerak secara perlahan-lahan bagi menstabilkan tulang pada jari kaki. Namun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan masalah kebengkokan jari ini
  
Neuromas
Neuroma adalah rradang urat yang lazimnya menyerang bahagian bebola kaki dan seterusnya mengakibatkan kesakitan pada jari-jari kaki. Tahap kesakitan adalah remeh ketika berdiri dan berjalan dan boleh dipulihkan menerusi rehat yang secukupnya. Namun, tahap kesakitan ini berbeza antara seorang pesakit dengan yang lain di mana ada yang mengatakan kesakitannya adalah sederhana manakala ada pula yang menderita akibat kesakitan yang serius dan berterusan
  
Sakit jari kelingking

Kesakitan/radang pada jari kelingking lazimnya berpunca daripada geseran dan gangguan daripada kasut. Ia akan mengakibatkan ketumbuhan sama ada di dalam mahupun di luar jari tersebut
  
Corns
Corns adalah ketumbuhan kulit mati yang akan kelihatan di bahagian atas, sisi, luar mahupun dalam jari kaki. Ia berlaku akibat tekanan berterusan atau ketidakselesaan kasut yang dipakai
  
kuku jari kaki
dua masalah utama pada jari kaki adalah masala fungus pada kuku dan selaput kuku. Walaupun kedua-dua masalah ini adalah berbeza, ia kerap berlaku secara serentak
  
Kuku jari berfungus
Istilah perubatan bagi kuku jari yang berfongus adalah onychomycosis. Kuku kelihatan bertompok-tompok dan menjadi tebal. Warnanya  pula kelihatan kuning dan coklat. Kuku yang tebal ini akan mengundang kesakitan
  
Selaput kuku
Selaput kuku adalah kuku yang melengkung di celah-celah kulit jari. Ia kadang-kala amat menyakitkan dan adakalanya tidak. Walau bagaimanapun, jika selaput kuku ini dijangkiti kuman, ia akan mengundang sakit yang amat perit

Monday, 28 November 2011

Senaman Regangan (Memanaskan Badan)

Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan.


Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan. 


Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori). Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan. 

Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan. 

Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.

Sumber: www.kidshealth.org


Jenis-jenis Senaman
• Senamrobik 
• Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung. 
• Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan. 
• Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas. 
• Kalestenik 
• Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot. 
• Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik. 
• Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi. 

Info Kesihatan

Tahukah anda bahawa minuman dari teh herba adalah bersifat alkali dan sangat baik untuk badan. Teh herba boleh diperolehi dari daun pegaga, daun misai kucing,daun mas cotek, daun selom, daun pecah beling dan banyak lagi. Daun-daun herba ini dikeringkan, dikisar dan dimasukkan ke dalam uncang. 
Gunakan air panas dan rendam uncang herba selama 10 minit. Minuman teh herba tidak mengandungi kafein, tidak menyebabkan kembung perut bahkan membantu meningkatkan tahap ph kealkalian badan anda. 
Amalkan meminum teh herba selepas makan lebih-lebih lagi jika anda baru mengambil makanan yang berasid seperti nasi, lauk daging, lauk ayam, makanan laut, makanan bergoreng seperti pisang goreng atau kentang goreng.
Pastikan anda mengambil 70% atau 80% makanan beralkali dan hanya 30% atau 20% makanan berasid setiap hari. 

Lihat senarai Makanan beralkali dan Makanan berasid sebagai rujukan pilihan makanan seharian anda.

Alkaline Foods
Alkaline Vegetables
Asparagus
Artichokes
Cabbage
Lettuce
Onion
Cauliflower
Radish
Swede
Lambs Lettuce
Peas
Courgette
Red Cabbage
Leeks
Watercress
Spinach
Turnip
Chives
Carrot
Green Beans
Beetroot
Garlic
Celery
Grasses (wheat, straw, barley, dog, kamut etc.)
Cucumber
Broccoli
Kale
Brussels Sprouts
Fruits
Lemon
Lime
Avocado
Tomato
Grapefruit
Watermelon (is neutral)
Rhubarb
Drinks
Green drinks
Fresh vegetable juice
Pure water (distilled or ionised)
Lemon water (pure water + fresh lemon or lime).
Herbal Tea
Vegetable broth
Non-sweetened Soy Milk
Almond Milk
Seeds, Nuts & Grains
Almonds
Pumpkin
Sunflower
Sesame
Flax
Buckwheat Groats
Spelt
Lentils
Cumin Seeds
Any sprouted seed

Fats & Oils
Flax
Hemp
Avocado
Olive
Evening Primrose
Borage
Coconut Oil
Oil Blends (such as 
Udo's Choice)
Others
Sprouts (soy, alfalfa, mung bean, wheat, little radish , chickpea, broccoli etc)Bragg Liquid Aminos (Soy Sauce Alternative)
Hummus
Tahini
General Guidance:

Stick to salads, fresh, alkaline vegetables and healthy nuts and oils.  Try to consume plenty of raw foods and at least 2-3 litres of clean, pure water daily (ideally enhanced with 
pH drops).



Acid Foods
Meats
Pork
Lamb
Beef
Chicken
Turkey
Crustaceans
Other Seafood (apart from occasional oily fish such as salmon)
Dairy Products
Milk
Eggs
Cheese
Cream
Yogurt
Ice Cream
Others
Vinegar
White Pasta
White Bread
Wholemeal Bread
Biscuits 
Soy Sauce
Tamari
Condiments (Tomato Sauce, Mayonnaise etc.)
Artificial Sweeteners
Honey
Drinks
Fizzy Drinks
Coffee
Tea
Beers
Spirits
Fruit Juice
Dairy Smoothies
Milk
Traditional Tea
Convenience Foods
Sweets
Chocolate
Microwave Meals
Tinned Foods
Powdered Soups
Instant Meals
Fast Food
Fats & Oils
Saturated Fats
Hydrogenated Oils
Margarine (worse than Butter)
Corn Oil
Vegetable Oil
Sunflower Oil
Fruits
All fruits aside from those listed in the alkaline column.
Seeds & Nuts
Peanuts
Cashew Nuts
Pistachio Nuts
General Guidance:
Steer clear of fatty meats, dairy, cheese, sweets, chocolates, alcohol and tobacco.  Packaged foods are often full of hidden offenders and microwave meals are full of sugars and salts.  Over cooking also removes all of the nutrition from a meal!